Objektif modul pembelajaran
Setelah menamatkan modul pembelajaran ini, perserta berupaya untuk:
· Mengetahui komponen-komponen penting yang terdapat dalam sistem komputer.
· Mengenal pasti komponen input
· Mengenal pasti komponen pemprosesan
· Mengenal pasti komponen output
· Mengenal pasti fungsi bagi setiap komponen komputer
· Mengenal pasti hubung kait antara komponen yang ada serta perkaitan di antara
perkakasan dan perisian komputer.
2
MENGENAL PASTI KOMPONEN PC SECARA UMUM
Secara umum komponen komputer boleh dikatergorikan kepada Input, Pemprosesan dan
Output berdasarkan model pemprosesan data.
Komponen input merupakan perkakasan yang berperanan sebagai penyalur bagi
membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Ia
terdiri daripada papan kekunci dan tetikus. Komponen pemprosesan mengandungi Unit
Pemprosesan Pusat, Memori dan Storan. Sementara monitor dan pencetak pula
dikatergorikan sebagai komponen output.
INPUT PEMPROSESAN OUTPUT
3
MENGENAL PASTI KOMPONEN INPUT
a. Papan kekunci merupakan peranti yang digunakan untuk berinteraksi dengan unit
system dengan menaip maklumat.
b. Tetikus merupakan alat yang digunakan untuk mengawal pergerakan penunjuk
skrin.
4
MENGENAL PASTI KOMPONEN PEMPROSESAN
a. Unit Pemprosesan Pusat
b. Memori – terdapat dua jenis memori utama iaitu RAM dan ROM
1. RAM (Random Access Memory)
Berfungsi sebagai storan sementara yang bergantung kepada bekalan kuasa
elektrik di mana kandungannya akan terpadam apabila bekalan kuasa
diputuskan
2. ROM (Read Only Memory)
Sejenis memori yang boleh menyimpan secara kekal arahan dan maklumat
yang terkandung di dalamnya walaupun tanpa bekalan kuasa.
c. Storan
Pemacu cakera berperanan sebagai peranti storan sekunder dan peranti
Otuput/Input yang terdiri daripada cakera liut dan cakera keras.
5
MENGENALPASTI KOMPONEN OUTPUT
Sebagai peranti yang memaparkan hasil yang dilakukan oleh komputer.
a. Monitor
Memaparkan hasil pada skrinnya.
b. Pencetak
Memaparkan hasil dalam bentuk cetakan.
7
Satu sistem komputer yang lengkap memerlukan komponen-komponen seperti berikut:
¾ Kasing komputer (PC case).
¾ Papan Induk (Motherboard)
¾ Ribon/Kabel Data (Ribbon/Data Cabel)
¾ Pemproses (Processor)
¾ Kipas pemprosesan (CPU fan/cooler)
¾ Memori (RAM)
¾ Cakera Keras (Hard Disk)
¾ Kad Grafik (Graphic card)
¾ Pemacu CD-ROM/DVD (CD=ROM drive)
¾ Kad Bunyi (sound card)
¾ Pemacu cakera liut (Floppy disk drive)
¾ Monitor
¾ Tetikus & pelapik tetikus (mouse & mouse pad)
¾ Papan kekunci (keyboard)
¾ Alat Pembesar suara (loudspeakers)
KASING KOMPUTER (PC CASE
Kasing komputer adalah kotak logam di mana komponen PC dipasang seperti papan
induk, pembekal kuasa, RAM, cakera keras/liut, pemacu CD-ROM, kad bunyi dan kad
grafik. Ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz. Desktop, Mini Tower, Midi Tower dan
Super Tower. Dalam dunia perkomputeran moden semua komputer menggunkan kasing
komputer jenis ATX.
8
PAPAN INDUK (MOTHER BOARD)
Papan induk adalah papan yang diperbuat dari serat kaca (fiber glass). Semua komponen
elektronik komputer dipasang di sini. Serat kaca adalah bahan yang bukan pengalir, jadi
setiap komponen adalah bebas arus di antara satu dan yang lain. Talian logam halus
menyambung pin komponen di antara satu dan yang lain yang mana ini menjadikannya
litar elektrik komputer.
RIBON/KABEL DATA (RIBBON/DATA CABEL)
Ribon berfungsi sebagai penghantar data/maklumat daripada komponen-komponen
komputer (cth: CD-ROM) ke Mother Board. Saiz ribon ini berbeza mengikut komponenkomponen
tersebut.
9
PEMPROSES (PROCESSOR)
Pemproses adalah satu cip (chip) yang terpenting dalam sesebuah komputer. Fungsi
utamanya adalah memproses dan mengimplementasi semua program iaitu siri-siri arahan
yang dibuat oleh pengguna.
10
KIPAS PEMPROSES (CPU FAN/COOLER)
Fungsi kipas pemproses adalah untuk menyejukkan cip pemproses. Kipas pemproses
mempunyai satu alat motor kecil dan untuk menjalankannya ia mendapat bekalan kuasa
dari papan induk atau dari pembekal kuasa.
MEMORI (RAM)
Cip memori (Random Access Memory) adalah berperanan menyimpan data-data dan
mengendali semua program yang sedang berjalan dalam sesebuah komputer secara
sementara. Apabila komputer dipadamkan, semua data-data dalam memori akan hilang.
NOTA ASAS KOMPUTER e-WK PENGENALAN KEPADA KOMPONEN PC
11
CAKERA KERAS (HARD DISK)
Cakera keras adalah unit storan utama sesebuah komputer. Ia menyimpan semua data –
data dan program. Tidak seperti data-data dalam RAM, semua data dalam cakera keras
tidak hilang apabila PC dipadamkan. Ianya bersifat kekal melainkan pengguna
memadamkan atau cakera keras tersebut didapati rosak.
KAD GRAFIK (GRAPHIC CARD)
Semua informasi yang anda ingin paparkan akan disimpan dalam memori kad grafik
terlebih dahulu sebelum informasi tersebut dapat dipaparkan dalam monitor. Kad grafik
adalah alat perantaraan antara memori dalam PC dan monitor.
12
PEMACU CD-ROM/DVD (CD-ROM DRIVE)
Untuk memainkan sekeping CD-ROM sesebuah komputer mesti mempunyai pamacu
DC-ROM. Pemacu CD-ROM ada dalam pelbagai kelajuan. Kelajuan terkini adalah 52X.
Kelajuan 1X bersamaan 150 KBps (Kilobyte per second) iaitu kelajuan penghantaran
data (data transfer), jadi dalam kelajuan 52X, penghantaran data adalah 7800KBps.
Pemacu DVD-ROM mempunyai kelajuan data transfer lebih kurang 7 kali ganda dari
pemacu CD-ROM. Pemacu CD-ROM boleh membaca sahaja (read only) data dari CDROM.
KAD BUNYI (SOUND CARD)
Gabungan kad bunyi dan pembesar suara mengeluarkan kesan audio bagi sesuatu PC.
Kad bunyi ada tiga jenis iaitu untuk slot ISA, slot PCI dan bersepadu. Kad bunyi jenis
slot ISA sudah pupus. Komputer hari ini banyak menggunakan kad bunyi jenis slot PCI
atau pun jenis yang telah siap dipasang pada papan induk, iaitu kad bunyi jenis bersepadu
(embeded).
13
PEMACU CAKERA LIUT (FLOPPY DISK DRIVE)
Pemacu cakera liut adalah perkakasan komputer yang berperanan membaca dan menulis
ke satu storan iaitu disket yang berkapasiti 1.44 MB sahaja.
MONITOR
Ada dua kategori monitor iaitu CRT dan LCD. Monitor jenis CRT (cathode ray tube)
masih lagi banyak digunakan sekarang walupun pengunaan monitor jenis LCD (liquid
srystal dispaly) telah mula mengambil tempat. Monitor mempunyai pelbagai saiz iaitu
14” (14 inci), 15”, 17” dan 21”.
14
TETIKUS &PELAPIK TETIKUS (MOUSE & MOUSE PAD)
Tetikus adalah satu jenis peranti pemplot dan ia ada dua jenis iaitu jenis bersiri (serial)
dan jenis PS/2 (personal system). Secara amnya tetikus mempunyai dua butang iaitu
butang kiri dan kanan yang mana butang-butang ini mempunyai fungsi masing-masing.
Untuk melicinkan lagi operasi tetikus pelapik tetikus digunakan.
PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)
Seperti peranti tetikus, papan kekunci (keyboard) juga ada dua jenis iaitu jenis bersiri
(serial) dan PS/2 (personal system). Papan kekunci terkini mempunyai beberapa kekunci
tambahan bertujuan untuk mempersingkatkan sesuatu kerja.
PEMBESAR SUARA (LOUD SPEAKERS)
Alat pembesar suara dan kad bunyi dalam sesebuah komputer menghasilkan kesan audio.
Kebanyak set pembesar suara hari ini mengandungi satu Sub-woofer dan dua pembesar
suara satelit. Mikrofon yang dilekatkan pada kad bunyi (mic) boleh digunakan untuk
berkaraoke.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
no q zruh!!!